Kelas Menghasilkan Jadual Waktu Sekolah

22 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa - 21 Mac 2023, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas ICT iaitu Kelas menghasilkan jadual waktu sekolah menggunakan perisian Microsoft Power Point. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2:00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh dua (2) orang peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah di Siburan. Objektif kelas adalah untuk membimbing peserta untuk menghasilkan jadual waktu sekolah yang lebih menarik dan mempunyai elemen interaktif. Terlebih dahulu, peserta diarahkan untuk membuat jadual dan mengisi jadual tersebut dengan subjek yang diajar mengikut jam yang ditetapkan. Seterusnya mereka dibimbing untuk mengolah latar belakang jadual untuk memasukkan elemen interaktif. Dalam masa sama, peserta juga didedahkan dengan aplikasi remove.bg untuk membuang gambar latar sesuatu objek yang dikehendaki dan dimasukkan ke dalam power point untuk tujuan pengolahan.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali