Kelas Individu Asas Ms. Word
10 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada Isnin – 09 Januari 2023, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas Individu Asas Microsoft Word untuk mendedahkan peserta dengan komponen komputer dan cara pengoperasian Microsoft Word. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 09.00 pagi hinggan 11.00 pagi yang dihadiri oleh seorang (1) peserta yang merupakan komuniti PPR Batu Gong. Terlebih dahulu, peserta diperkenalkan dengan komponen komputer dan fungsinya sebagai satu kumpulan entiti untuk mengoperasikan sepenuhnya komputer. Seterusnya, beliau dibiasakan untuk menaip menggunakan papan kekunci bagi melatih mereka untuk mengenal kedudukan sesebuah huruf dan nombor di papan kekunci.
Dalam masa sama, peserta dikongsi dengan cara menggunakan tab ribbon home untuk mengubah dan mengoperasikan teks. Hal ini termasuklah mengubah jenis tulisan, saiz tulisan dan penggunaan fungsi bold, italic dan underline. Selain daripada itu, peserta juga dibimbing untuk menggunakan bullet dan numering jika membuat sesuatu ayat yang ingin ditonjolkan agar senang difahami. Akhir sekali, peserta juga didedahkan dengan format alignment dan paragraph spacing untuk mengikuti standard penulisan menggunakan Ms. Word.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
- Peserta mengenal komponen yang membentuk komputer.
- Peserta mampu memahami fungsi penggunaan microsoft word.
- Peserta mengetahui asas pengoperasian microsoft word.
- Peserta dibimbing untuk menghasilkan tugasan secara hands on menggunakan microsoft word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: